Pages

Friday 30 November 2012

LAWATAN KLINIK PERGIGIAN



Lawatan dari Klinik Pergigian.  Tujuan lawatan adalah untuk memastikan kanak-kanak mengamalkan penjagaan gigi dengan baik, mengamalkan pemakanan yang sihat untuk gigi dan cara menggosok gigi dengan cara yang betul. Selain dari itu, kanak-kanak juga dihadiahkan sebatang berus gigi dan ubat gigi.

JOM BERKENALAN



Tabika KEMAS 23 Rejimen Askar Melayu Di Raja terletak di dalam Kem Gua Permai, Jalan Tambun, Ipoh Perak. Tabika ini telah beroperasi sekitar tahun 80-an hingga kini. Ditubuhkan untuk anak-anak anggota tentera Kem 23 RAMD berumur 4 hingga 6 tahun yang mendiami kuarters berhampiran. Tabika bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tgh. Pakaian untuk kanak-kanak Tabika ini telah ditentukan iaitu pada hari Isnin kanak-kanak hendaklah memakai uniform diikuti selasa baju sukan, Rabu kembali memakai uniform, Khamis baju sukan dan Jumaat memakai Baju Kebangsaan iaitu Baju Melayu atau Baju Kurung. Saya mengambil alih memegang amanah mendidik kanak-kanak di Tabika ini pada pertengahan tahun 2009 hingga kini. Terletak berhampiran dengan bukit menjadikan Tabika ini begitu unik kerana penuh dengan suasana nyaman dan suasana yang begitu menghijau. 


Keserasian saya dengan kanak-kanak disini begitu terserlah dimana mereka begitu rapat dan dengan ini, suasana pembelajaran dapat dijalankan dengan mudah dan objektif pembelajaran mudah dicapai. Usaha demi usaha saya lakukan untuk menjadikan mereka terbaik antara yang terbaik. Persaingan yang sengit dengan tadika swasta menjadikan saya lebih berusaha membuktikan yang kanak-kanak Tabika KEMAS 
juga boleh jadi yang terbaik.



RUTIN HARIAN
RUTIN : Mengucap, membaca al-fatihah, doa bangun tidur, doa untuk ibubapa, doa masuk tandas, doa penerang hati dan salawat ke atas nabi.
 Juga membaca surah an-nas, al-falaq dan al-ikhlas.
Kanak2 juga dilatih menghafaz rukun islam, rukun iman, rukun negara dan solat 5 waktu.

PERTANDINGAN HARI POTENSI PERINGKAT PARLIMEN 
TEMA : ALAM HAIWAN ( HIDUPAN LAUT )




rekabentuk ( penggunaan doh dan bahan kitar semula ). Disertai oleh adik Mohd Fariz Aiman, adik Mohd Zulhafizi Asraf dan Adik Nurul Fatieha... GOOD LUCK my dear..

AKTIVITI DALAM KELAS 


Gabungan keyboard yang dimainkan oleh guru dan kanak-kanak menyanyikan lagu SAYA SAYANG IBUBEST..


Lagu BUNYI HAIWAN yang dinyanyikan oleh kanak-kanak berserta alat bahan yang menarik diiringi alunan keyboard dari cikgu WANI.